No Tel : 084-734294
E_mel : ppdjulau@moe.gov.my
Alamat : Pejabat Pendidikan Daerah Julau, 96600 Julau, Sarawak
PENGENALAN
• Bengkel ini adalah bertujuan untuk memberi penerangan ringkas kepada pembantu tadbir atau pembantu pengurusan murid daerah untuk menyemak dan memastikan kandungan Buku Perkhidmatan Kerajaan bertepatan, betul dan mengikut tatacara sepatutnya. Mengemaskini bahagian kenyataan cuti semua pegawai di sekolah.
OBJEKTIF
• Bagi meningkatkan jalinan kerjasama antara sekolah dan pihak PPD dalam urusan perkhidmatan.
• Memberi pendedahan awal kepada pembantu operasi di sekolah untuk menyemak Buku Perkhidmatan Kerajaan (BPK) sebelum urusan naik pangkat dan persaraan.
• Meningkatkan ilmu pengetahuan dalam urusan perkhidmatan dan tatacara menyemak dan meminda kandungan dalam kenyataan perkhidmatan,halaman cuti dan halaman tatatertib.
KUMPULAN SASARAN
• Pembantu Tadbir Sekolah Rendah Daerah Julau.
HARI BERSAMA PELANGGAN BUKU PERKHIDMATAN KERAJAAN
KUMPULAN SASARAN
• Semua Penolong Pegawai di Pejabat Pendidikan Daerah Julau.
• Semua Anggota Kumpulan Pelaksana Pejabat Pendidikan Daerah Julau
Tarikh : 25 Februari 2025
Tempat : Bilik Mesyuarat PPD Julau
Pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) dalam HRMIS 2.0 sedang dijalankan bermula Februari 2025 bagi memastikan keberkesanan sistem serta kelancaran pengurusan sumber manusia dalam perkhidmatan awam. Selaras dengan Buku Panduan Pelaksanaan SSPA yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), dua (2) peringkat pelaksanaan SSPA dalam HRMIS 2.0 akan dijalankan seperti berikut:
2.1 Pelaksanaan SSPA di HRMIS 2.0 SEBELUM penerimaan WP/SKP
2.2 Pelaksanaan SSPA di HRMIS 2.0 SELEPAS penerimaan WP/SKP
3. Pelaksanaan SSPA di HRMIS 2.0 SEBELUM penerimaan WP/SKP akan dilaksanakan melibatkan pengemaskinian tujuh (7) maklumat di Profil Perkhidmatan bagi semua pegawai yang menerima opsyen SSPA seperti berikut:
3.1 Skim perkhidmatan
3.2 Ketua Perkhidmatan
3.3 Status gaji
3.4 Jenis perkhidmatan
3.5 Gred gaji hakiki
3.6 Mata gaji
3.7 Penerimaan tawaran opsyen
GOTONG ROYONG BILIK FAIL DAN STOR